"LEBAH DAN MADU" SAJAK KOMSAS TINGKATAN 1 (BEE AND HONEY)
Sajak
"Lebah dan Madu" dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung, muka
surat 20. Karya Siti Zaleha M. Hashim itu mengandungi tiga rangkap Tema
sajak berkisar terhadap kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa
bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain.
Di pohon sana
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.
Pada dahan pokok tualang, kelihatan sekumpulan lebah membuat sarang. Lebah-lebah itu menggambarkan sikap yang terpuji, iaitu sebagai serangga yang cergas dan sentiasa hidup sepakat. Dalam kata lain, tiada seekor pun yang kelihatan bermalas-malas, atau mengasingkan diri daripada kumpulan.
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia.
Koloni (kumpulan) lebah itu mempunyai ketua atau pemimpin, iaitu ratu lebah. Ratu yang mengatur dan mengawasi aktiviti pekerja membuat
sarang dan madu. Penghasilan madu (dari bunga-bungaan terpilih) dengan
rasanya yang manis, kemudian menjadi penawar (yang mujarab) bagi
penyakit yang dihidapi manusia.
Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa.
Pemerhatian
terhadap lebah pada dahan pohon tualang berkenaan menyedarkan penyajak
(manusia yang peka) bahawa seseorang itu harus sentiasa berusaha sehabis
daya dalam sesuatu pekerjaan. Selain itu. seseorang itu juga hendaklah
meninggalkan jasa sebagaimana lebah yang menghadiahi manusia dengan madu
yang istimewa. Pendek kata, sifat-sifat lebah patut menjadi contoh
teladan kepada manusia.
Nilai
1 kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan (fokus / memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerja membuat sarang)
2 kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling menolong (membuat sarang di dahan pokok tualang)
3 kerajinan / kesungguhan / kegigihan (dalam menyiapkan sarang dan menghasilkan madu)
4 kepatuhan / ketaatan (pekerja lebah terhadap perintah ratu lebah)
5 kebijaksanaan (kepimpinan ratu lebah)
6 hidup berjasa (membekalkan madu sebagai penawar kepada penyakit manusia)
7 kepekaan / keprihatinan (penyajak terhadap sifat-sifat lebah yang terpuji)
Persoalan
1 Kecekapan / kecergasan / ketangkasan / ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2 Kesepakatan / kemuafakatan / bekerjasama / saling membantu / saling menolong dalam sebarang kegiatan / pekerjaan
3 Kerajinan / kesungguhan / kegigihan dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan
4 Kepatuhan / ketaan terhadap ketua / pemimpin
5 Kebijaksanaan dalam mengatur kumpulan / organisasi / pasukan
6 Hidup berjasa sesama makhluk
7 Kepekaan / keprihatinan terhadap sifat terpuji
Pengajaran
1 Kita hendaklah cekap / cergas / tangkas / tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan
2 Kita hendaklah sepakat / bermuafakat / bekerjasama / saling membantu / saling menolong dalam sesuatu kegiatan / pekerjaan
3 Kita hendaklah bersungguh-sungguh / gigih / rajin dalam melaksanakan sesuatu aktiviti / kegiatan / pekerjaan / tugasan
4 Kita hendaklah mematuhi arahan ketua / pemimpin (dalam kumpulan / pasukan / organisasi)
5 Kita hendaklah bijak dalam memimpin (kumpulan / pasukan / organisasi)
6 Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk
7 Kita hendaklah peka / prihatin / mencontohi / meneladani / meniru sifat-sifat terpuji
sumbangan dan rujukan blog:
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/01/lebah-dan-madu-sajak-komsas-tingkatan-1.html
No comments:
Post a Comment