Thursday 31 January 2013

Karangan Jenis Keperihalan

Karangan Jenis Keperihalan.

Latihan 1.

Soalan ;
Kampung anda telah mengalami gangguan bekalan elektrik selama satu minggu.
Perihalkan keadaan anda dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Contoh Jawapan .
Pendahuluan.
- bekalan elektrik terputus satu minggu.
- Kerosakan besar di pencawang elektrik.
Isi-Isi Penting.
a) Kegiatan harian terjejas – rumah-rumah pada masa kini banyak menggunakan peralatan
elektrik - serba tidak selesa.
- kerja-kerja rumah menjadi berat
- peti sejuk dan mesin basuh tidak berfungsi

b) Pelajar sukar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam - menggunakan lilin dan
pelita – suasana pada malam hari amat gelap - tiada lampu jalan.

c) Sukar tidur kerana kepanasan – kipas tidak berfungsi - akibatnya, masing-masing letih
pada keesokan harinya.

d) Timbul tekanan – ketidakselesaan – rasa bosan kerana televisyen dan radio tidak dapat
digunakan .
e) berlaku beberapa kes kecurian – penjenayah mengambil kesempatan – kerugian harta benda.

Penutup.
- menghargai pihak Tenaga Nasional yang bertungkus- lumus membaiki kerosakan –
kejadian itu menginsafkan diri – bekalan elektrik amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment