Tuesday 16 April 2013

KOMSAS : TAJU’L MULUK

TAJU’L MULUK
SINOPSIS
Taju’l Muluk meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk mencari bunga bakawali bagi
mengubati mata ayahandanya yang buta Namun, Taju’l Muluk perlu menyelamatkan abang-
abangnya terlebih dahulu yang telah terperangkap akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh
Hati Taju’l Muluk telah berjaya memperdayakan seorang perempuan tua yang tinggal di mahligai
Puteri Jenuh Hati dengan mendapatkan rahsia kehebatan Puteri Jenuh Hati dalam bermain catur
Lalu, Taju’l Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh Hati untuk bermain catur dan Taju’l Muluk telah
memenangi permainan catur tersebut

Taju’l Muluk telah berjaya menyelamatkankeempat-empat orang abangnya

Kemudian, Taju’l Muluk meneruskan pengembaraan untuk mencari bunga bakawali
dan telah mengalami pelbagai rintangan dan penderitaan semasa menuju ke sempadan negeri
Bakawali Di dalam hutan Taju’l Muluk telah berjumpa
dengan raksasa yang simpati dengannya dan mengambil beliau sebagai anaknya

Taju’l Muluk berusaha untuk mengambil hati raksasa tersebut dengan memasak makanan yang
sedap dan meminta raksasa menolongnya melihat Taman Bakawali

Raksasa membantu Taju’l Muluk dengan menyuruh jin utusannya menghantar Taju’l Muluk untuk
berjumpa dengan Dewi Hamalah

Dewi Hamalah telah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah

TEMA
Pengembaraan seorang putera raja untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya

PERSOALAN
Kebijaksanaan seorang putera raja
Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarganya
Keberanian dalam menghadapi segala cabaran
Sanggup berkorban untuk menyelamatkan saudaranya
Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan

WATAK & PERWATAKAN
Taju’l Muluk
• Anak raja negeri Syarqastan
• Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik
• Seorang putera raja yang bijaksana
• Seorang putera raja yang berani

Puteri Jenuh Hati

• Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihatnya dalam bermain catur

• Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Taju’l Muluk dalam permainan catur dan
  terpaksa berkhidmat kepada Taju’l Muluk

Perempuan Tua

• Bersimpati kepada Taju’l Muluk

• Seorang yang amat kaya

• Sangat sayangkan Taju’l Muluk

• Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati kepada Taju’l Muluk

Raksasa 1

• Mempunyai tubuh badan yang besar

• Jadikan Taju’l Muluk sebagai anak angkat

• Sangat sayangkan Taju’l Muluk

• Suka makan makanan yang dimasak oleh Taju’l Muluk

Dewi Hamalah

• Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2

• Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa penjaga Taman Bakawali

• Menculik Puteri Mahmudah

• Mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah

NILAI
Berani - Taju’l Muluk berani menempuh hutan untuk mendapatkan bunga bakawali
Kasih sayang - Taju’l Muluk berusaha mencari bunga bakawali untuk mengubati mata ayahandanya
Baik hati - Taju’l Muluk memaafkan Puteri
Jenuh Hati yang telah insaf
Ketabahan - Taju’l Muluk tabah menghadapi semua cabaran semasa mengembara untuk mencari bunga Bakawali

PENGAJARAN
Kita perlu menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu kerja

Janganlah kita suka memperdayakan orang

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga yang dalam kesusahan

Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepadasetiap insan



sumber:  http://bmstmark.blogspot.com/2010/04/nota-tajul-muluk-kasut-kelopak-jantung.html

No comments:

Post a Comment