PANTUN EMPAT KERAT ( BERJIMAT CERMAT ) OLEH : ZAILIANI TASLIM
ANALISIS PANTUN
PANTUN
|
MAKSUD
|
Pergi ke belukar memasang pikat,
Pualngnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezekin secupak terasa segantang.
|
Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, rezeki yang diperoleh akan bertambah dari semasa ke semasa.
|
Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.
|
Berjimat cermat adalah amalan mulia. Orang yang boros pula dianggap sebagai kawan syaitan.
|
Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
|
Berjimat cermat hendaklah dalam setiap perkara kerana amalan ini akan menjamin masa depan.
|
Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat sayuran,
Membesar belanja sikap sesia,
Hanya menambah beban kewangan.
|
Berbelanja besar adalah sikap yang tidak berfaedah. Sikap ini hanya akan menambahkan beban kewangan.
|
Singgah berehat di Kota Lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.
|
Berjimat cermat adalah amalan yang dituntut oleh agama. Hidup akan lebih sejahtera jika kita sentiasa berjimat cermat.
|
Inderagiri pasirnya lumat,
Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.
|
Lebih baik berjimat dengan cara membeli sesuatu dengan kadar yang sedikit daripada membeli sesuatu dengan kadar yang banyak tetapi hanya membazir.
|
Turun ke lading memetik kacang,
Hendak dibuat masak lemak,
Segala urusan jika terancang,
Sikap membazir pasti terelak.
|
Semua urusan yang dilakukan dengan cara yang terancang akan mampu mengelakkan pembaziran.
|
Tema
Kepentingan amalan berjimat cermat. Amalan ini memberi pelbagai faedah.
Persoalan
1.
2.
3.
|
Amalan berjimat cermat menambahkan rezeki
Keburukan sikap boros
Kepentingan merancang perbelanjaan
|
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Inversi
|
· Masak meranum buah ara
· Segala urusan jika terancang
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi ( pengulangan huruf vokal)
|
Rezeki secupak terasa segantang
Ø dalam baris sajak di atas, vokal “e” diulang sebanyak 5 kali
|
2. Aliterasi
|
Baik sedikit tetapi berjimat
Ø dalam baris sajak di atas, konsonan “t” diulang sebanyak 4 kali
|
Berjimat cermat amalan kita |
Nilai Murni
Berjimat cermat
Berjimat memberi kebaikan dan mengelakkan kita daripada bersikap boros.
Kesederhanaan
Bersederhana ketika berbelanja akan memberi keuntungan.
Kebijaksanaan
Kebijaksanaan dalam merancang perbelanjaan akan mengelakkan pembaziran.
Ketaatan
Ketaatan terhadap suruhan agama akan menjamin kesejahteraan hidup.
Pengajaran
1. Kita perlu berjimat cermat agar dapat elakkan sikap boros dan pembaziran.
2. Kita perlu amalkan sikap bersederhana ketika berbelanja.
3. Kita perlu merancang perbelanjaan.
4. Kita mesti taat pada suruhan agama demi menjamin kesejahteraan hidup.
5. Kita harus tidak boros berbelanja agar tidak menanggung bebanan hutang.
No comments:
Post a Comment